PAGES

Menang Saman Kereta Rosak Akibat Jalan Bulan

 


Seorang lelaki dilaporkan berjaya memenangi saman terhadap pihak berkuasa tempatan selepas kenderaannya rosak teruk gara-gara terlanggar sebuah jalan yang berlubang.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Fahrurrazi Hamid telah meminta pampasan kepada  Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) atas dua tayar yang rosak dan empat rim tayar yang menelan kos keseluruhan RM3,580.

Majistret Noor Firdaus Rosli berpihak kepadanya dengan memerintahkan MPKj menyelesaikan tuntutan sebanyak RM2,980, merangkumi kos empat rim (RM1,800), satu tayar (RM800), larasan semula camber (RM180), dan caj tunda (RM200).

MPKj juga diputuskan untuk bertanggungjawab sepenuhnya atas kerosakan yang dialami kereta Fahrurrazi.

“Melihat gambar daripada plaintif, m weemang wujud lubang,” kata Noor Firdaus dan beliau turut menambah bahawa jelas jalan itu tidak diselenggara dengan baik.

Baca artikel penuh sini

Asal Usul Kadazan Dusun Rungus




Disini Saya mahu bercerita berkenaan asal usul bagi Kadazan Dusun Rungus yang mana anak-anak muda sekarang tidak mengetahui atau tidak peduli lagi. Cerita ini adalah Sejati diperolehi daripada aki-aki saya sendiri dan bukan daripada mana-mana tulisan di internet atau buku-buku di luar sana. Tujuan penulisan adalah bagi mengetahui kemungkinan jika terdapat orang lain yang pernah mendengar cerita yang sama. Jika ramai yang pernah mendengar cerita sama atau hampir sama, maka kisah ini boleh dianggap BENAR.

Sewaktu kecil, belasan tahun yang lalu. Saya ketika itu berumur belasan tahun dan ketika aki-aki saya masih hidup, saya suka mendengar cerita-cerita sejarah yang dilalui oleh aki-aki sendiri. Cerita Pahlawan, Cerita Kehidupan semua saya sapu. Maklumlah aki saya juga seorang pencerita yang baik. Nada Yang tegas, Kuat dan jalan cerita mudah faham membuatkan saya tertarik mendengar.

Baiklah, berbalik kepada cerita sebenar...

Pada Zaman dahulu, Kadazan Dusun Rungus adalah Satu Keturunan yang hidup di sesuatu tempat dikenali NUNUK RAGANG di Daerah Ranau Sabah. Penempatan di Nunuk Ragang diketuai oleh Tiga beradik yang dikenali sebagai Aki Rungsud (abang), Aki Longuvai (adik) dan Aki Turumpok (adik).  Ketiga-tiga beradik ini masing-masing mengetuai rumah panjang yang berbeza di Nunuk Ragang. Penempatan di Nunuk Ragang dikabarkan sangat dirahmati. Tanahnya subur (apa yang ditanam akan menjadi) dan penduduk hidup harmoni, saling membantu dan bersepakat di bawah pimpinan tiga beradik tadi. Jangka hayat penduduk di Nunuk Ragang juga dikabarkan sangat panjang sehingga diibaratkan ramai warga tua-tua berambut seperti Kandavai (Putih seperti bulu Burung Bangau). 

Tahun berganti, kehidupan harmoni di Nunuk Ragang berterusan begitu. Kaum Kadazan Dusun Rungus semakin berkembang dan mula dicemburui oleh masyarakat luar. Walau bagaimanapun, tiada siapa mempu menggugat kestabilan penduduk Nunuk Ragang kerana nilai kesatuan yang kuat di bawah pimpinan tiga beradik Aki Rungsud, Aki Longuvai dan Aki Turumpok. 

Sehingga pada satu hari, datang seorang pemuda yang tidak dikenali dan tidak diketahui asal usul dari mana dan bertemu salah seorang penduduk di Nunuk Ragang. Pemuda itu bertanya, hal apakah yang membuat penempatan Nunuk Ragang dirahmati ? tiada pergaduhan. tanahnya subur dan jangka hayat penduduk panjang. Penduduk itu menjawab bahawa tanah Nunuk Ragang adalah tanah anugerah minamangun atau sang pencipta kepada Nenek Moyang mereka. Pemuda tadi hanya bersahaja malah membalik kata-kata penduduk Nunuk Ragang tersebut dengan mengatakan Tanah Nunuk Ragang adalah anugerah syaitan. Tanaman penduduk akan mati. Air Sungai akan menjadi keruh. Umur penduduk tidak akan panjang. Setelah selesai berkata-kata, pemuda tadi berlalu pergi lalu menghilang. Penduduk Nunuk Ragang tadi balik di rumah panjang dan menceritakan hal kejadian kepada Aki Rungsud. Aki Rungsud hanya mendengar dan tidak mempedulikan kata-kata pemuda tersebut.  

Hari berganti, bulan berganti. Satu-persatu apa yang dikatakan pemuda misteri tersebut mula kelihatan. Tanaman penduduk mula mati. Air sungai menjadi keruh sehingga hidup di Nunuk Ragang mula susah. Tanaman makanan mati dan ikan-ikan di sungai juga mati. Masalah ini berterusan, malah semakin hari semakin bertambah teruk. Warga tua yang sebelumnya ramai mula jatuh sakit satu persatu dan meninggal. Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan misteri. Sehingga pada satu tahap, dikhabarkan bahawa orang yang meninggal berturutan, bahkan belum selesai upacara pengebumian ada lagi yang meninggal. Situasi buruk itu berterusan sehingga memaksa tiga beradik berbincang bagi menyelamatkan kaumnya dari musibah misteri yang menimpa. 

Maka dipersetujuilah bahawa cara menyelamatkan penduduk dari musibah yang menimpa di Nunuk Ragang adalah berpindah atau mencari penampatan baru. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga beradik tidak dapat bejalan bersama-sama kerana masing-masing mempunyai urusan tersendiri. Abang mereka Aki Rungsud akan menyusul kemudian setelah isterinya selesai bersalin kerana dikabarkan pada ketika itu isteri Aki Rungsud hanya menunggu hari untuk bersalin. Aki Turumpok pula akan menyusul keesokan harinya. Aki Longuvai yang berjalan dahulu bersama pengikutnya. Dipersetujui bahawa setiap jalan yang dilalui Aki Longuvai akan ditanda dengan reban ayam. Dengan kata yang lain, setiap kali adanya reban ayam yang disangkut di pokok. Maka itulah persimpangan jalan yang harus dilalui oleh dua adik beradiknya yang akan menyusul kelak.

Langit tidak selalunya cerah....Pemuda misteri yang pada awalnya bertemu penduduk dikabarkan muncul kembali. Pemuda misteri bertindak mengalihkan reban ayam yang disangkut Aki Longuvai bagi menyesatkan dua lagi beradik yang akan menyusul kelak. Esok harinya Aki Turumpok berjalan bersama pengikutnya menyusuli jejak Aki Longuvai berpandukan reban ayam yang disangkut di dahan-dahan kayu kerana itulah tanda jalan yang dipersetujui mereka tanpa menyedari bahawa sebenarnya reban ayam telah dialihkan oleh pemuda misteri tersebut dari tempat asal. Bagitu juga dengan Aki Rungsud. Aki Rungsud dan pengikutnya juga hanya menyusuri jalan yang bertanda reban ayam tanpa menyedari bahawa reban ayam telah diubah lagi oleh Pemuda misteri tersebut. Pemuda misteri bertindak mengalahkan tanda reban ayam dengan tujuan supaya ketiga-tiga beradik tidak bertemu dan terpisah. Niat Pemuda misteri tersebut berjaya apabila ketiga-tiga beradik tidak bertemu dan terpisah. 

Aki Longuvai dan Pengikutnya dipercayai tersebar di sekitar Ranau.Tambunan.Keningau Dan dikenali Dusun. Aki Turumpok dan Pengikutnya pula tersebar di Kota Kinabalu.Penampang.Papar.Kota Belud. Dikenali kini sebahagian sebagai Kadazan. Manakala Aki Rungsud dan pengikut tersebar sekitar Kudat.Pitas.Kota Marudu dan dikenali kini sebagai Rungus. 


Penafian:

 Cerita ini tidak menuntut kepercayaan dari siapapun..yang mahu percaya dipersilakan. yang tidak mahu dipersilakan. Tulisan ini ditulis kerana saya berpendapat pada masa akan datang cerita warisan sebegini akan hilang.